SEKOLAH

SELAMAT MENDUDUKI UPKK 2019

Sep 30, 2019
SELAMAT MENDUDUKI UPKK 2019
View Full Size

Semoga semua calon terutamanya pelajar-pelajar SK Taman Tasik Ampang dapat menjawab dengan tenang dan beroleh keputusan yang cemerlang.

MAJLIS PERASMIAN CERIATHON PIBG SKTT 2019

Sep 27, 2019
MAJLIS PERASMIAN CERIATHON PIBG SKTT 2019
View Full Size

"Pembuka Tirai"

SK Taman Tasik telah melancarkan program "CERIATHON PIBG SK TAMAN TASIK 2019." Objektif utama program tersebut adalah mempromosi dan mengumpul dana bagi projek "DEWAN SERENTAS" yang tertunda beberapa tahun.
Dewan terbuka  tersebut akan didirikan di Dataran Perhimpunan sekolah dan dilengkapi dengan pentas, kipas, sistem pembesar suara dan bumbung yang lebih moden.
Harapan sekolah agar komuniti serta ibubapa dapat berkongsi dan menyebarkan hasrat dan impian sekolah merealisasikan projek dewan terbuka tersebut demi keselesaan warga SK Taman Tasik terutamanya murid-murid. 

THE LAUNCHING CEREMONY OF CERIATHON PIBG SKTT 2019

Sep 27, 2019
THE LAUNCHING CEREMONY OF CERIATHON PIBG SKTT 2019
View Full Size

"Curtain-Raiser"

SK Taman Tasik has officially launched a programme which is known as "CERIATHON PIBG SK TAMAN TASIK 2019." The main objective of the programme is to promote and raise funds for its SERENTAS HALL project that has been delayed for a few years.
The future hall will be wide, open-air and equipped with facilities like stage, giant fans, pa system and modern roof top.
It will cover all the area of the present assembly square.
Our prior hope is that the community will assist the school and share the aim of the programme via social media and all means of communication. The closing ceremony of the programme will be announced soon.

PENUTUPAN SEKOLAH KERANA BENCANA JEREBU

Sep 18, 2019

Assalamualaikum warahmatullah / Salam Sejahtera*


Tuan/Puan

Ibubapa / Penjaga / Waris

Murid-murid SK Taman Tasik


 *PENUTUPAN SEKOLAH DI SELANGOR AKIBAT BENCANA JEREBU** 


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.


2. Berikut dipanjangkan Kenyataan Media KPM bagi sekolah-sekolah di seluruh negeri Selangor.


3. Sehubungan itu, semua sekolah di Negeri Selangor diarah tutup bermula 19 September 2019 hingga 20 September 2019.


Guru-guru juga dibenarkan bekerja dr rumah masing-masing.


Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan amanah,


HIRAWATI BINTI HASHIM

Guru Besar

SK Taman Tasik

UPSR 2019

Sep 5, 2019
UPSR 2019
View Full Size

Semoga semua calon SERENTAS mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat.

SELAMAT DATANG

Jul 18, 2019
SELAMAT DATANG
View Full Size

18 Julai 2019 (KHAMIS)

Selamat Datang dan Selamat Melapor Diri ke SK Taman Tasik buat Pn Hirawati bt Hashim. Seluruh warga SERENTAS amat mengalu-alukan kehadiran beliau sebagai Guru Besar yang baharu. Semoga dengan pengalaman beliau selama 30 tahun di 10 buah sekolah dapat menerajui SERENTAS ke arah sekolah yang lebih cemerlang.

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

Jul 18, 2019
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI
View Full Size

17.07.2019

MEMORI TERCIPTA...

Ungkapan manis tapi pahit untuk seluruh warga SK Taman Tasik...


TAKWIM SEKOLAH 2019

Jan 30, 2019
TAKWIM SEKOLAH 2019
View Full Size
Berikut adalah link kepada Takwim Sekolah bagi tahun 2019. Setiap aktiviti tertakluk kepada sebarang pindaan atau perubahan. Harap Maklum.

https://drive.google.com/file/d/0B4QYKKMrFNsRZzU2S0NMM1Y4b3pZaEVqZXFhOHhVell0MWRN/view?usp=preview

KHEMAH IBADAH TAHUN ENAM 2019

Jan 27, 2019
KHEMAH IBADAH TAHUN ENAM 2019
View Full Size
25 & 26 Januari 2019 (JUMAAT & SABTU)
Satu program tahunan kelolaan Panitia Agama Islam yang dinamakan Khemah Ibadah bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan. Program bermula dengan pendafaran pada jam 530 petang Jumaat dan berakhir pada jam 1230 tengah hari Sabtu. Aktiviti utama ialah Mandi Hadas Besar yang diberikan secara teori dan praktikal. Program diselitkan juga dengan muhasabah diri, seminar keibubapaan, kuliah subuh dan pengurusan diri. Dengan penyertaan melebihi 200 orang murid, program kali ini berjaya mendapat kerjasama daripada ibu bapa yang hadir menyertai seminar keibubapaan yang telah disampaikan oleh Cikgu Noorhisham. 


MAJLIS PELANCARAN NILAM 2019 BERSAMA ANA MUSLIM

Jan 26, 2019
MAJLIS PELANCARAN NILAM 2019 BERSAMA ANA MUSLIM
View Full Size
25hb Januari 2019 (JUMAAT)
Satu majlis pelancaran NILAM telah diadakan di dataran sekolah pada sesi pagi dan sesi petang. Pelancaran kali ini mendapat kerjasama yang hebat daripada pihak majalah Ana Muslim yang sanggup datang membawa maskot dan kiosk jualan mereka. Satu taklimat mengenaii NILAM juga diadakan di dewan sekolah bagi memupuk minat membaca dikalangan anak-anak SK Taman Tasik. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu En Izudin bin Masowadi.


Switch to Mobile Version